Jom cuba buat Puding Mozek #CaraCikDyg Rugi tau kalau tak try buat. Dah la bahan dia mudah saja tau. Mai CikDyg share resepi kat sini dengan hampa.
BAHAN A (bahagian berwarna)
- 700ml air
- 1/2 cawan gula
- 10g serbuk agar-agar
- Pewarna kesukaan
CARA-CARA
- Mula-mula, hampa masak ayaq sehingga suam.
- Kemudian, masukkan serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga larut dan mendidih.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
- Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya satu jam.
BAHAN B (untuk bahagian putih)
- 1 litre Susu Full Cream
- 10g serbuk agar-agar
- Suku cawan gula
- 4-5 sudu besar (penuh) susu pekat manis
- 1 cawan air
- Secubit garam
CARA-CARA
- Masak kesemua bahan di dalam periuk sehingga larut dan mendidih.
- Sekiranya nak extra manis, hampa tambahkan gula atau susu pekat manis.
TEKNIK LAPISAN MOZEK
- Keluaq kan agar-agar bahagian berwarna tadi bila dah keras, dan potong dadu kecik kecik.
- Masukkan agar-agar bahagian putih ke dalam acuan pilihan hampa, bergantung pada hampa nak boh banyak mana. Tapi jangan banyak sangat, jangan sikit sangat.
- Kemudian taboq potongan dadu agar-agar berwarna tadi.
- Lepas tu hampa ulang lagi step kedua dan ketiga sampai lah habis.
- Sejukkan di dalam peti ais. Lepas 1-2jam lagu tu (atau sampai keras) hampa dah boleh makan.
SELAMAT MENCUBA!