Bendi Goreng Telur #CaraCikDyg

Jom CikDyg nak share resepu simple Bendi Goreng Teloq. Simple ja, tapi pekena dengan nasi panaih-panaih memang menambah

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji bendi dipotong ikot suka hati
  • 2 ulas bawang putih (ketuk ka, cincang ka, tumbuk ka. Mana-mana pon buleh aih)
  • 1 biji cabai besaq (potong serong)
  • 1 biji bawang kecik (mayang halus. nak guna bawang besaq pon takpa, ikot suka hampa)
  • Teloq sebijik
  • Minyak bijan + minyak zaitun (Nak guna minyak masak pon buleh aih)
  • Sedikit cuka

CARA-CARA:

  1. Masuk minyak. Tomeh bawang besaq bawang putih dan cabai.
  2. Dah garing naik bau masukkan teloq. Kacau, kacau kacau.
  3. Masukkan cuka coet. Takmau bagi lendiaq sangat.
  4. Letakkan 1 sudu kecik secukup rasa.
  5. Masukkan bendi. Kacau sebati. Lepas tu rasa la apa yang kurang buleh tambah.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?