TIPS SIMPAN AIR GULA AGAR TAHAN LAMA

Hampa perasan dak, peniaga kalau berniaga ayaq, depa selalu sediakan ayaq gula bagi awai supaya senang nak top up nanti. Hampa pun boleh gunakan cara yang sama juga di rumah tau, senang bila hampa nak buat jamuan ka kenduri ka. Jimat masa ceq oi!

BAHAN-BAHAN:

  • Air gula
  • 1 Sudu besar jus limau nipis

CARA-CARA:

  1. Hampa masak ayaq gula seperti biasa.
  2. Masukkan 1 sudu besaq jus limau nipis dan hampa teruskan masak sampai mendidih.
  3. Hampa didihkan selama 20 minit, kemudian sejukkan dan simpan di dalam bekas yang bersih dan bertutup.

Tips extra untuk hampa: untuk elakkan ayaq gula dari dihurung semut, masukkan kulit kayu manis ke dalam ayaq gula tadi. Selain untuk elakkan semut, ia juga akan menambahkan aroma ke dalam ayaq bila dibancuh nanti.

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?