KHASIAT BADAM

Ada peminat kacang dak kat sini? Almond ni rasanya lemak-lemak masin, dah banyak digunakan dalam coklat di pasaran. Peminat kacang sekalian, hampa kalau beli coklat memang tak sah kalau tak beli hat ada kacang kan. Almond juga sering dicampurkan ke dalam pencuci mulut untuk menambahkan kelazatan seperti aiskrim atau pun minuman.

Tapi ada juga sesetengah orang takut nak makan kacang, katanya sebab takut naik jerawat di muka. Hampa jangan risau.. almond, atau dalam Bahasa melayu nya kacang badam ni sebenaqnya kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan.

Ni antara khasiat-khasiat yang ada dalam kacang badam:

  • Protein
  • Serat
  • kalsium
  • Magnesium
  • Kalium
  • Zinc
  • Selenium
  • Kuprum
  • Phosphorus
  • Biotin
  • Riboflavin
  • Niacin
  • Zat Besi
  • vitamin E
  • antioksida yang tinggi

Kacang badam mengandungi kandungan lemak yang tinggi, tetapi 90% daripada lemak tersebut merupakan lemak tidak tepu (unsaturated fat). Lemak ini sangat diperlukan oleh badan kita. Jom baca antara khasiat-khasiat kacang badam:

SEBAGAI SUMBER TENAGA

Kacang badam sering menjadi pilihan bagi mereka yang nak berdiet. Kandungan karbohidrat yang ada dalam badam dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh badan kita. Jadi, takda lah hampa lemah tak bermaya bila kurangkan makan.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Selain kandungan karbohidrat untuk tenaga, kandungan serat dan asid lemak tidak tepu dalam badam tersebut dapat menyekat selera makan hampa. Kalau hampa rasa nak mengunyah ja, hampa amalkan mengunyah kacang badam sebagai kudapan sebab kacang ni oleh buat hampa rasa kenyang dengan lebih lama.

MERENDAHKAN RISIKO DARAH TINGGI DAN SERANGAN JANTUNG

Badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Disarankan untuk mengambil kacang badam lima kali sehari untuk mengurangkan risiko  serangan jantung sebanyak 50%.

MENCEGAH OSTEOPOROSIS

Kira-kira 25-30 biji badam mengandungi kandungan kalsium bersamaan ¼ cawan susu. Kalsium sememangnya bagus untuk menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis.

MENGUATKAN MEMORI

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, kacang badam dipercayai dapat membantu menguatkan memori dan telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Afghanistan, Iran, Pakistan, dan India untuk merangsang minda dalam menghafal al-Quran, hadis, dan ilmu.

Kacang badam sememangnya agak mahai berbanding kacang-kacang lain di pasaran, tapi sangat bagus untuk dijadikan sebagai kudapan setiap hari kerana khasiatnya. Tips paling penting, jangan digoreng kerana khasiatnya akan hilang apabila bercampur dengan minyak. Kacang badam yang dipanggang boleh dimakan begitu saja atau hampa boleh kisaq untuk dijadikan serbuk. Lepaih tu boh dalam makanan ataupun minuman.

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?