TIPS PILIH MANGGA MANIS

Hampa peminat buah mangga? Selalu rasa frust sebab tak pandai pilih buah mangga yang manis? Haa artikel ni untuk hampa, wajib baca! So lepas ni bila hampa ‘mengidam’ nak makan buah mangga tu dah pro nak pilih buah mangga yang maneh-maneh (manis-manis) ja

  1. Check tangkai buah mangga. Mangga yang telah masak mempunyai getah yang sedikit pada tangkainya. Tangkainya juga terlihat lubang di bahagian dalam. Tangkai mangga yang belum matang dan masih muda akan terlihat seperti digunting dan terdapat banyak getah.

2. Perhatikan bentuk buah mangga. Mangga yang telah masak umumnya berbentuk bulat dan berisi padat terutama sekali di bahagian hujung atas.

3. Cium bau mangga terlebih dahulu. Mangga yang telah masak sempurna memiliki aroma yang harum, bersesuaian dengan isinya yang manis. Mangga yang belum cukup masak kurang aroma nya berbanding yang telah matang.

4. Kulit mangga yang telah masak sempurna biasanya lebih nipis berbanding mangga yang masih muda, serta berwarna kekuningan.

Bagi mangga hijau pula, warna hijau tua bermaksud manga tersebut masih belum matang manakala warna hijau yang agak muda dan mempunyai beberapa tompok hitam bermaksud mangga sudah pun matang. Elakkan membeli mangga kuning yang mempunyai kulit yang terdapat banyak bintik atau lebam kerana ia bermaksud keadaan mangga dah tak elok.

Jangan pilih mangga yang kulitnya berkedut sebab ia menandakan yang mangga dipetik terlalu awal dan dipaksa matang.

5. Pilih mangga yang isi nya sedikit lembut, kerana ia menandakan mangga baru nak matang. Jangan pilih yang isi nya keras sebab dah tentu ia belum masak, dan jangan pula pilih yang lembik kerana buah tersebut sudah terlalu masak.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?