TIPS CREAM CHEESE TAHAN LAMA

Biasa kalau buat kek topping cream cheese, bila terlebih bancuh.. hampa buat apa? Jangan buang tau. Meh CikDyg tunjukkan kat hampa macam mana cara nak simpan bagi tahan lama dan boleh diguna semula pada kek lain.

Hat dalam gambaq ni lebihan cream cheese daripada LIVE Kek Torpedo CikDyg haritu kat FB Page EasyBakeLab.

Caranya mudah saja. Hampa simpan adunan cream cheese tu dalam freezer macam CikDyg buat ni, letak dalam piping beg… ikat ketat-ketat jangan bagi kena ayaq. Tahan lama tau, 3-6 bulan pon tahan.

Bila nak guna balik… masa nak tuang atas kek, hampa keluaqkan dari peti ais 1 jam dan putaq balik. Lepas tu, boleh terus letak atas kek.

Resepi cream cheese KEK TORPEDO #CaraCikDyg:
250g cream cheese
200g mascarpone cheese
80g susu gula kastor
100g susu whipping cream

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?