BEZA MUFFIN DAN CUPCAKE

Ramai yang selalu keliru antara cupcake dan muffin. Ada jugak yang anggap kedua-dua ni sama ja sebab dua-dua bakaq dalam cawan kertas. Sebenaqnya, terdapat beberapa perbezaan antara muffin dengan cupcake. Jom CikDyg nak share dengan hampa macam mana nak tau hat mana muffin, hat mana cupcake.

Pertama sekali, kalau hampa perhati bentuknya.. Permukaan atas muffin kebiasaannya membukit sedikit dan merekah, cupcake pula lebih rata sebab nak letakkan frosting atau icing. Muffin tak diletakkan sebarang frosting atau icing sebab kat dalam muffin dah dicampurkan pelbagai bahan tambahan seperti kekacang, buah-buahan, coklat cip, dan sebagainya.

Cupcake rasanya manis dan biasanya dihidangkan ketika majlis tertentu atau parti disebabkan saiz dan dekorasinya yang comey-comey belaka. Muffin pula biasanya takdak deko, lebih simple. Cuma muffin ni ada macam-macam perisa… ada perasa bluberry, strawberry, dan lain-lain lagi. Selalu nya orang makan muffin ni time sarapan ataupun minum petang.

Tekstur muffin yang padat

Dari segi tekstur, cupcake ni sama ja macam kek.. ringan dan gebu. Adunan dan cara bakaq nya pun sama macam kek biasa. Senang cerita, cupcake ni kek kecil yang diletakkan dalam cawan kertas (kek cawan).

Muffin pula mempunyai tekstur yang kasaq dan agak “berat” seakan-akan roti. Dari segi resepi, muffin menggunakan gula biasa dan bukannya gula halus. Adunannya pun tak boleh pukui lama-lama sebab tak mau bagi banyak udara masuk. Kalau hampa pukui terlalu lama, muffin akan jatuh dan susah nak kembang. Suhu untuk bakaq muffin pun lebih tinggi daripada kek biasa.

Haa… sekian sahaja perkongsian dari CikDyg tentang beza muffin dengan cupcake. Cuma last sekali CikDyg nak tanya, hampa join dak lagi kelas PJJ Aneka Muffin Bajet CikDyg yang ada 20 resepi tu? Heheh

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?