KEK PLANTA RIANG RIA #CaraCikDyg

Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi Kek Planta yang meriah riang ria di hari raya gituu. Stepnya mudah, cepat, dan sedap yakmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 250g Planta
  • 200g gula kastor
  • 1 sudu besar Ovelate
  • Sedikit garam
  • 5 biji telur Gred A
  • 250g tepung naik sendiri
  • Esen vanila
  • Pewarna kesukaan

CARA-CARA:

  1. Putar gula, butter dan ovelate sehingga gebu dan kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur diselang-seli dengan tepung. Sebatikan.
  3. Warnakan mengikut kesukaan.
  4. Bakar suhu 150C selama 45minit. Siap!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?