HAMPAS TEH UNTUK KECANTIKAN

Teh merupakan salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia selain kopi. Hampa mesti dah tau kan ayaq teh ni mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Tapi, hampa selalu buang ka hampas teh tu lepas minum? Sebenaqnya, hampas nya pun dapat memberi manfaat pada kecantikan luaran kita. Jom CikDyg nak share antara petua-petua kecantikan yang buleh hampa try dengan hanya menggunakan hampas teh yang sudah digunakan.

MENYEGARKAN MATA LETIH DAN SEMBAB

Penat bekerja seharian, tak cukup tidoq, mesti pertama sekali akan beri kesan pada mata kita, betui dak? Mata nampak letih, sembab, bawah mata pun jadi gelap.  Toksah pi beli krim mata hat mahai-mahai tu, hampa guna ja hampas teh.

Hampas teh mengandungi antioksida yang dapat mengembalikan semula kesegaran mata hampa. Kandungan kafein nya juga membantu mengecilkan pembuluh darah di bawah kulit bahagian mata sekaligus menghilangkan lingkaran hitam di kawasan bawah mata serta eyebag disebabkan kekurangan waktu tidoq.

CARANYA:

  1. Tekapkan uncang teh yang dah digunakan pada mata. Kalau nak rasa lagi nyaman, hampa buleh masukkan sekejap uncang teh tu ke dalam peti ais sebelum diletakkan pada mata.
  2. Pejamkan mata dan biarkan selama beberapa minit atau sehingga hampas teh tu kering. Nak biaq semalaman pun buleh kalau hampa pakai sebelum tidoq.
  3. Kemudian, bilas dengan ayaq bersih.

MENGHILANGKAN SEL-SEL KULIT MATI

Hampas teh ni kan tekstur nya kasaq, so sangat sangat sesuai dijadikan sebagai skrub muka tanpa merosakkan kulit. Skrub ni salah satu step penting dalam penjagaan wajah supaya sel-sel kulit mati dapat dibuang. Hasilnya, kulit akan jadi lebih bersih, cerah, halus, dan lembut. Kalau hampa biaq sel mati tu menebai kat muka, muka akan nampak kusam dan bila hampa pakai apa-apa produk kecantikan pun tak dapat diserap ke dalam kulit sepenuhnya.

Selain dari mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, dauh teh juga mengandungi polifenol yang 100 kali lebih efektif dari vitamin C dan 25 kali lebih efektif dari vitamin E. Kedua-dua bahan ni sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri dan awet muda.

CARANYA:

  1. Ambil uncang teh yang dah digunakan dan biaq sampai hampas kering sepenuhnya.
  2. Bukak uncang dan sapukan hampas teh pada kulit muka, urut perlahan macam hampa guna scrub jugak. Jangan pulak pi tonyoh beriya macam sental lantai tu, sat lagi rosak kulit hampa. Kalau nak guna hat serbuk teh yang bukan dalam uncang tu pun buleh.
  3. Lepas skrub, bersihkan muka dengan pencuci muka biasa.
  4. Boleh juga digunakan sebagai skrub pada leher dan badan semasa mandi untuk menghilangkan kotoran degil yang ada.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?