Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi Kerabu Sotong confirm terangat baq hiangg. Hehe
BAHAN-BAHAN:
- Sotong 10 ekor dipotong bulat
- 1 biji bawang besar potong halus
- 1 batang serai mayang halus
- 1 biji tomato potong halus
- 10 biji cili padi dihiris halus
- 1 kuntum bunga kantan potong halus
- Daun ketumbar
- Asam limau 1 biji
- Sos ikan 2-3 sudu besar
- Garam dan gula
CARA-CARA:
- Mula-mula hampa rebus sotong yang dah dipotong bersama sedikit garam sehingga mendidih. Jangan rebus lama-lama nah, nanti sotong jadi liat.
- Bila dah mendidih, tos dan ketepikan.
- Dalam satu mangkuk, hampa satukan bawang besaq, serai, tomato, cili padi, dan bunga kantan.
- Perah ayaq limau nipis dan masukkan gula secukup rasa.
- Kemudian, hampa goi-goi (gaul) dan ramas kesemua bahan dalam mangkuk tu dengan tangan sampai keluaq ayaq dari bahan-bahan tadi. Kalau nak guna sudu pun boleh, tapi guna tangan lagi sedap… rasa ayaq tangan gituu.
- Akhir sekali, masukkan sos ikan, sotong, daun ketumbar. Kacau rata. Siap dah!
TIPS
Untuk hilangkan bau hanyir sotong: selepas siang dan potong, hampa ramas-ramas dulu sotong tu dengan limau nipis nah. Lepas tu baru rebus.
SELAMAT MENCUBA!