TINGKATKAN IMUNISASI TUBUH ANDA

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Di musim penularan wabak Covid-19 ni, kita semua harus menitikberatkan kesihatan dan kebersihan diri. Walaupun belum ada penawar untuk Covid-19, kita masih perlu menjaga diri supaya tak mudah jatuh sakit dan dijangkiti virus tersebut. Adalah menjadi “kewajipan” untuk menu harian kita terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, serta amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari supaya sistem imunisasi tubuh akan menjadi lebih kuat.

Berikut merupakan beberapa jenis makanan tambahan yang boleh anda amalkan supaya anda dapat meningkatkan sistem ketahanan badan sekali gus mengelak diri daripada mudah jatuh sakit.

YOGURT & MINUMAN KULTUR

Yogurt dan minuman kultur mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang dapat menjaga usus di samping memastikan saluran pencernaan bebas dari kuman punca penyakit.

Tak kesah la minuman kultur jenama apa pun, Vitagen ke, Yakult ke.. asalkan yang ada probiotik. Yogurt sebaiknya adalah yang plain tanpa sebarang perisa bagi mengelakkan kandungan gula yang tak diperlukan.

Tapi anda harus ingat, minuman dan makanan yang ada probiotik ni jangan diambil secara berlebihan sebab fungsi lawas nya akan membuatkan anda sentiasa nak membuang je. Hehe

BAWANG PUTIH

Umum mengetahui bahawa bawang putih merupakan bahan antibiotik semulajadi. Antara beberapa manfaat bawang putih ialah melawan jangkitan bakteria dan menurunkan tekanan darah. Bawang putih memiliki bahan aktif alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria.

Sangat digalakkan untuk mengambil dua ulas bawang putih mentah sehari atau boleh juga mencampurkannya dalam masakan untuk memperoleh manfaat kepada tubuh badan anda.

SUP/BUBUR

Orang sakit kebiasaannya diberikan sup atau bubur kan? Bukan saje-saje, tapi ada sebabnya. Sebenarnya sup adalah antara makanan terbaik untuk meningkatkan antibodi. Cara masakannya tidak berminyak, dan ditambah pula dengan bawang, rempah, sayur-sayuran.. banyak sangat khasiat yang boleh didapati daripada semangkuk sup atau bubur.

Jadi, sup dan bubur bukan sahaja makanan orang sakit. Orang yang sihat pun sangat digalakkan untuk makan.

THE HIJAU

The hijau terkenal sebagai antara minuman yang paling berkhasiat, ia kaya dengan Vitamin C dan flavonoid, sejenis antioksida yang dapat membantu tubuh anda melawan pembentukan radikal bebas. Teh hijau juga mengandungi Catechine yang mampu membunuh bakteria dan mengurangkan risiko jangkitan kuman dan juga virus.

Cara terbaik untuk mendapatkan manfaat teh hijau sepenuhnya ialah melalui pemgambilan setiap hari.

UBI KELEDEK

Keledek kaya dengan Vitamin A yang sangat penting dalam penghasilan tisu-tisu baru pada kulit kita. Kulit merupakan organ terbesar yang ada pada manusia dan bertindak sebagai kubu terhadap serangan pelbagai bakteria dan virus. Sebab tu penting juga untuk jaga kebersihan kulit pada tubuh badan kita ya! Seagala nya bermula dari lapisan kulit anda.

CENDAWAN

Sejak berkurun lama nya, cendawan sangat digemari ramai masyarakat di dunia. Bukan sahaja rasanya enak, khasiatnya juga sangat penting untuk tubuh badan manusia. Masyarakat Cina dan Jepun sering menggunakan cendawan untuk tujuan perubatan. Terdapat banyak jenis cendawan yang dijual di pasaran, khasiat nya juga berbeza-beza.

Secana amnya, cendawan mengandungi sejenis polisakarid yang dikenali sebagai beta-glukan yang bersifat anti virus dan mampu mencegah serangan virus dan radikal bebas. Cendawan juga berupaya meningkatkan dan memperkuatkan sel darah putih yang berupaya melawan jangkitan penyakit.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?