BISKUT FLORENTINE

Masih tercari-cari resepi biskut raya di saat-saat akhir sebelum nak raya ni? Jom CikDyg nak ajaq hampa Biskut Florentine #caracikdyg yang bakal meja di pagi raya nanti. Mudah yakmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 600 g kekacang campuran (bakar sekejap 150°C, 10 minit)
  • Badam slice
  • Kuaci hijau
  • Biji bunga matahari
  • Kuaci putih
  • Bijan putih
  • Bijan hitam
  • 250 g tepung florentine

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa campoq tepung florentine dengan kekacang campuran & gaul sampai sebati.
  2. Hampa gunakan acuan cup yang ada plastik kat dalam nah supaya mudah nak keluaqkan biskut hampa nanti dan tak melekat. Susun atas dulang pembakar.
  3. Lepas tu, hampa guna scoop bersaiz ½ sudu teh, cedok saja adunan tepung & kekacang tadi masukkan ke dalam cup.
  4. Last sekali, hampa bakaq pada suhu 170°C selama 20 minit, bergantung pada oven hampa.

Itu saja. Siap dah. Simple kan?

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?