NUTELLA NESTUM BALL #CaraCikDyg

Jom CikDyg nak ajaq satu lagi biskut raya yg tak memerlukan oven, tak memerlukan mixer, hanya memerlukan kerajinan saja. Kalau hampa hidang ni masa raya, mesti orang ingatkan ni biskut Almond London. Biskut ni lagi sedap dari Almond London tau, ngap ngap ngap tu rasa macam makan cekelat.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket cheese crackers ( boleh ganti dengan biskut marie, cream crackers
  • Nutella (ganti dengan peanut butter
  • 1 genggam serbuk nestum (tak letak pon boleh)
  • Coklat coin (cayaq kan guna microwave @ double boil)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa ramas-ramas biskut smpai hancoq. Tak digalakkan guna blender nah, nanti halus sangat.
  2. Lepas tu, hampa masukkan Nutella & gaul sampai boleh uli jadi doh.
  3. Masukkan pulak nestum & gaul sampai sebati.
  4. Dah sebati semua bahan, hampa masukkan ke dalam cup sampai ¾ penuh. Tekan adunan dalam cup tu bagi rata & padat nah.
  5. Last sekali, hampa tuang coklat sebagai lapisan paling atas sampai tertutup bahagian biskut sepenuhnya. Masa ni hampa boleh la taboq
    almond ataupun manik hiasan kat atas.
  6. Dah siap semua, hampa sejukkan lah biskut tu dalam peti ais selama 15minit (sampai dia keras). Lepas tu dah boleh bawak keluaq simpan dalam balang.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?