CORNFLAKES CARAMEL #CaraCikDyg

Yang takdak oven wajib buat tau.
Asyik buat cornflakes madu ja, tahun ni jom cuba kelainan pulak. Sekali dah buat, konpem tak tukaq resepi lain dah!

BAHAN-BAHAN:

  • 100 g gula
  • ½ tin susu pekat
  • 5 sudu besaq madu
  • Secubit garam
  • 1 ketui butter
  • 500 g cornflakes (diramas halus)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa masak gula sampai jadi perang gelap. Guna api perlahan saja nah.
  2. Masukkan susu pekat & madu, kacau sampai adunan tu sebati.
  3. Jangan lupa masukkan garam sikit, nak bagi dia rasa berlemak. Sentiasa kacau nah, jangan dok tinggai, takut dia hangit.
  4. Bila adunan karamel tu dah berbuih, masukkan butter. Kacau sampai butter cayaq dan sebati semua bahan.
  5. Lepas tu, hampa masukkan cornflakes & gaul sampai bersalut rata dengan karamel.
  6. Last sekali, cedok cornflakes tu & masukkan dalam cup.
  7. Hampa masukkan dalam peti sejuk selama 2 minit sebelum makan
Cornflakes caramel ni dah tak payah bakaq dah tau, letak dalam peti ais pun dia dah keraih. Tapi tak lemau.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?