TIPS PENJAGAAN LESUNG BATU

Anda mak-mak team mana, Team Lesung Batu atau Team Blender? Biasanya ramai yang lebih memilih lesung batu untuk menumbuk bahan masakan, lebih sedap dan juicy. Tapi kalau nak masak untuk sekampung, jenuh pulak nak menumbuk sampai tercabut tangan. Kihkihkih.

Di setiap rumah yang rajin memasak, mesti sekurang-kurangnya ada satu lesung batu..betul tak? Haa jom CikDyg nak share sedikit tips cara penjagaan lesung batu hasil perkongsian Brian Masterchef.

  1. Pastikan lesung batu dibasuh bersih setiap kali selepas guna untuk mengilangkan bau.
  2. Kalau ada bau yang masih melekat, gunakan air limau.
  3. Keringkan lesung batu di tempat berjaring selepas dibasuh supaya bahagian bawahnya cepat kering.
  4. Selalu tumbuk garam kasar supaya mata nya kekal tajam.
  5. Sekali-sekala boleh tumbuk cengkerang (sebarang jenis) untuk menajamkannya lagi.

Sumber: BrianMasterchef @abangbrian

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?