SUMBER MAKANAN UNTUK KECANTIKAN

Pernah dengar tak pepatah mat salleh “You are what you eat”? Makanan banyak memberi pengaruh besar pada manusia dari segi fizikal luaran, kesihatan, dan juga pada perkembangan otak.

Golongan wanita, terutama sekali, sangat mementingkan kecantikan fizikal. Mereka sanggup berhabis duit untuk dapatkan rupa paras yang cantik dan awet muda. Berita baiknya, terdapat pelbagai jenis makanan harian yang dapat membantu menaikkan seri wajah anda.

Sebelum berhabis duit pada produk kecantikan yang mahal-mahal, jom kita selongkar dulu apa yang ada di dapur tu!

TOMATO

Buah tomato sangat kaya dengan lycopene, iaitu antioksidan yang dapat menghalang kerosakan kulit. Ia melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan juga sinaran cahaya matahari yang melampau.

Isi buah tomato sering dijadikan sebagai mask pada wajah kerana ia juga dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah anda. Kulit wajah akan kelihatan berseri kemerah-merahan.

TEH HIJAU

Teh hijau kaya dengan polifenol dan antioksidan yang dapat membantu menganjalkan kulit serta melindungi kerosakan daripada pancaran matahari.

BAYAM

Contohilah Popeye yang suka bayam tu. Kalau Popeye ambil bayam untuk jadi kuat, wanita memerlukannya untuk cantik.

Menurut satu laporan daripada Fitness Magazine, bayam adalah sumber beta-carotene dan lutein yang baik. Kedua-dua komponen ini dapat membantu kulit anda kekal tegang dan awet muda.

AVOKADO

Avokado sangat terkenal sebagai makanan untuk kecantikan. Manfaat serta keberkesanannya tak dapat disangkal lagi.

Buah ini mengandungi vitamin E dan C serta lemak baik. Vitamin E dapat menjaga kulit agar sentiasa lembap, sihat dan juga cerah. Vitamin C pula bermanfaat untuk menjaga kelembapan kulit sekaligus mengelakkan masalah kulit bersisik dan mudah berkedut.

BUAH BERI

Antara contoh buah-buahan beri ialah beri biru, acaiberi dan beri hitam. Kelompok buah beri dipercayai dapat menjaga kesihatan dan kelembapan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya serta kaya dengan antioksidan.

Antioksidan ini dapat melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan, kanser kulit dan masalah kulit kusam.

Pengambilan buah beri boleh membantu anda mendapatkan kulit lembap, sihat dan bersinar.

IKAN SALMON

Isi ikan salmon mempunyai kandungan karotenoid yang dipanggil astaxanthin. Astaxanthin ni jauh lebih baik daripada Vitamin C dan E. Ia juga dapat membekalkan kolagen pada kulit anda.

Isi ikan salmon turut mempunyai kandungan lemak omega-3 yang tinggi. Ia dapat menjadikan rambut dan kulit anda sihat.

Seeloknya jangan digoreng ikan salmon tu, sebahagian khasiat nya akan hilang. Rajin-rajin lah makan sushi lepas ni ya!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?