FLUFFY BUTTER ORANGE CAKE #CaraCikDyg

Best sangat kek ni sebab dia super duper fluffy dan lembab hasil dari jus buah oren asli. Bukan dari kordial atau paste oren tau! Haaa jom CikDyg share resepi nya dengan hampa.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)

  • 250g Butter
  • 100g Gula Kastor
  • 4biji kuning telur Gred A

(Bahan B)

  • 100g air perahan oren
  • 1 tsp kulit oren disagat
  • 250g tepung naik sendiri
  • 1tsp vanila powder

(Bahan C)

  • 4 biji putih telur Gred A
  • 80g gula kastor

CARA-CARA:

  1. Masukkan bahan A ke dalam mixer dan putar selama 10 minit atau sehingga putih berkrim.
  2. Kemudian, masukkan bahan B berselang-seli tepung dengan perahan jus oren. Putar sebati.
  3. Putar bahan C sehingga kental dan soft peak.
  4. Masukkan ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Kaup balik sahaja.
  5. Masukkan ke dlm loyang saiz 8 dan bakar suhu 150°C selama 1 jam. Kalau hampa takmau kek tinggi sangat, boleh guna loyang 10 inci.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?