BEZA PACKAGING BUTTERCUP

Buttercup bukanlah jenama butter (mentega), tapi ia merupakan jenama marjerin. Buttercup terdapat dalam 3 jenis packaging: ketul, tong, dan tin. Hampa tau dak 3 jenis packaging ni bukan hanya sekadar packaging, tapi ada beza pada penggunaanya.

Nak dekat bulan puasa pulak, mesti pakat dah tak sabaq nak buat biskut raya..betoi dak? Jom CikDyg nak share apa beza setiap packaging Buttercup ni. Bukan semuanya sesuai guna buat kek & biskut tau!

BUTTERCUP DALAM BENTUK KETUL

  • Sesuai untuk dimakan bersama roti
  • Sesuai untuk buat biskut
  • Tak sesuai untuk buat kek sebab nanti tekstur kek akan jadi kering dan berderai bila dipotong.

BUTTERCUP DALAM TONG

  • Sesuai untuk buat biskut & kek

BUTTERCUP DALAM TIN

  • Sesuai digunakan dalam masakan
  • Sesuai untuk buat kek
  • Tak sesuai untuk resepi biskut, rasa dia masin

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?