KEK BATIK #CaraCikDyg

Selalu buat kek batik tak jadi? Bila buat tak rasa macam kek tapi rasa macam makan biskut dengan milo saja? Jom CikDyg ajaq step by step kat hampa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2ketul butter
  • 5biji telur
  • 3/4cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan milo
  • 1/4cawan serbuk koko (Takdak serbuk koko boleh pakai 1cawan milo)
  • 1/2tin susu pekat
  • Esen vanila
  • Biskut meri 2baris atau 200g

CARA-CARA:

  1. Hampa blend kesemua bahan kecuali biskut meri.
  2. Lepas tu, masak di atas dapoq dengan api perlahan sehingga pekat.
  3. Masukkan biskut meri yang dah dipatah-patahkan dan kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan semalaman.
Siap. Mudah, sedap, senang!

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?