Ada masalah buat kek selalu tak jadi? Kek jadi kering, lembap, keras, berderai, dan sebagainya. Mesti ada sebab kenapa kek jadi macam tu. Jom CikDyg nak share antaraa punca-punca nya kenapa kek hampa tak jadi.
1. KEK JATUH
- Terlebih tepung: Pastikan sukatan adalah betul dan jangan lupa ayak dulu bahan-bahan kering sebelum dicampur ke dalam apa-apa adunan.
- Belum masak: Kek yang belum masak ni kadang-kadang rupa luaran dia sama dengan yang dah masak. Jadi, hampa kena pastikan kek tu betul-betul dah masak di bahagian dalam. Cucuk dengan lidi, bila dikeluarkan bersih…maksudnya dah masak.
- Jangan buka pintu oven pada 30 minit pertama kek dimasukkan ke dalam oven. Walaupun hampa buka cuma beberapa minit, ia tetap akan mengganggu proses kek untuk masak.
TIPS: Kalau kek hampa jatuh di tengah tapi dah masak sepenuhnya, hampa boleh potong lapisan atas kek bagi sekata & cantik. Jangan dibuang!
2. KEK KERAS
- Terlebih adun: Bila hampa masukkan tepung dalam adunan, kacau hingga sebati sahaja dan tak berketul. Kalau beriya sangat kacau, nanti kek hampa tak jadi.
- Salah tepung: Gunakan tepung mengikut kehendak resepi. Jangan gatai-gatai pi ganti ikut dan saja, sebab kandungan protein dalam setiap jenis tepung tak sama tau. Ia akan beri kesan pada hasil kek anda nanti.
- Sukatan bahan tak tepat.
3. KEK BERDERAI
- Sukatan bahan tak tepat: Terlebih gula, shortening, atau telur akan menyebabkan kek hampa berderai.
- Tak cukup mengadun: Biasanya dalam resepi ada diberitahu berapa lama perlu mengadun dan tekstur adunan yang bagaimana diperlukan.
4. KEK MEREKAH
- Suhu oven terlalu tinggi
- Terlebih serbuk penaik
- Tak menggunakan ukuran loyang yang sepatutnya: Pastikan hampa guna saiz loyang yang diberitahu. Loyang yang terlalu kecil boleh menyebabkan kek masak tak sekata dan merekah.
5. KEK MELEKAT PADA LOYANG
- Gris loyang terlebih dahulu
- Gunakan parchment paper
- Pastikan juga anda gunakan loyang yang bersih. Saki baki kek terdahulu yang melekat pada loyang akan menyebabkan kek melekat bila hampa bakaq kek lain.
TIPS: Selepas keluarkan kek dari oven, renggangkan kek dari sekeliling loyang menggunakan pisau tajam untuk mengelakkan kek daripada melekat di tepi loyang.
6. Dah ikut step by step bulat-bulat, tapi kek tetap tak jadi?
- Pastikan oven anda berfungsi dengan baik. Check suhu samada betul atau tidak.
- Kualiti bahan: mungkin ada bahan yang dah terlalu lama atau expired. Pastikan anda gunakan bahan-bahan yang fresh.
SEMOGA BERMANFAAT!