Fakta Menarik Pisang

Pisang, atau nama saintifik nya Musa paradisiaca , merupakan salah satu buah kegemaran penduduk di dunia. Jom kita santai-santai berkenalan sikit dengan buah pisang ni.

  • Negara India merupakan pengeluar terbesar buah pisang.
  • Buah pisang bentuknya melengkung kerana ia tumbuh ke arah cahaya matahari.
  • Pisang merupakan kategori beri, dan pokok pisang dikategorikan sebagai herba. Pokok pisang adalah herba terbesar di dunia!
  • Pisang yang belum masak boleh dibalut dengan kertas/surat khabar supaya cepat masak. Gas ethylene yang dibebaskan oleh pisang akan terperangkap. Jadi, buah akan cepat masak.
  • Simpan pisang yang dah masak di dalam peti sejuk untuk memperlahankan proses daripada terlalu masak. Kulitnya akan bertukar menjadi warna coklat, tetapi tak beri kesan pada isi di dalam.
  • Kupas dan potong pisang yang dah terlajak masak dan bekukan di dalam peti sejuk. Anda boleh gunakannya untuk buat smoothie, roti pisang, dan sebagainya.
  • Pisang dapat mengurangkan tekanan darah dan melindungi kesihatan jantung kerana ia tinggi kandungan potassium dan rendah kandungan garam.
  • Pisang adalah makanan terbaik sebelum anda bersenam kerana kandungan potassium nya dapat menstabilkan saraf dan fungsi otot ketika bersenam.
  • Minyak yang terdapat di bahagian dalam kulit pisang dapat meredakan radang & gatal akibat gigitan serangga.
  • Pisang hijau menpunyai kandungan kanji yang sangat tinggi. Bila pisang bertukar menjadi warna kuning, kanji akan menjadi gula. Sebab tu lah pisang kuning rasanya lebih manis berbanding yang hijau.
  • Pisang menpunyai kandungan air sebanyak 75%.
  • Buah pisang akan terapung di permukaan air, sama seperti buah epal dan tembikai.
  • Makan pisang dapat memberi kesan baik kepada emosi manusia. Ia mengandungi asid amino, tryptophan dan vitamin B6 yang membantu badan manusia menghasilkan serotonin.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?