Lembut yakmatt. Dari pagi sampai petang sampai esok pon lembut tau. Jangan lupa try! Memang sedap.
BAHAN-BAHAN:
(Bahan A)
- 200g tepung pulut
- 30g tepung ubi
- 200g @ 200ml air
- 100g gula
(Bahan B)
- 80g wheat starch dibancuh dengan 100g @ 100ml air panas mendidih
(Bahan C)
- 60g shortening
(Inti)
- Ikut suka hampa nak guna inti apa. Kacang merah boleh, kacang hijau atau kelapa pun boleh.
CARA-CARA:
- Mula-mula, kacau sebati bahan A.
- Lepas tu, kacau sebati bersama bahan B sampai jadi doh.
- Masukkan pula shortening dan kacau sebati.
- Kemudian, bentukkan doh jadi bulat comey-comey dan letak inti.
- Terus golekkan kuih bom tu dalam adunan bijan (bijan hitam campur bijan putih).
- Jangan terus goreng tau kuih bom yang dah siap dimasukkan inti. Kalau terus goreng, kuih bom akan mengelembung dan pecah, jadi tak cantik dan tak garing.
- Last sekali, hampa goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit pertama.
- Kemudian baru besarkan api sambil kacau golek-golek kuih bom tu.
- Goreng hingga warna dia agak kekuningan. Jangan lama-lama tau, nanti ‘meletup’ dan keluar inti.
TIPS
- Kalau hampa buat waktu malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng waktu pagi esoknya.
- Kalau nak makan petang, hampa buat waktu pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya untuk bijan melekat dengan cantik pada kuih bom.
SELAMAT MENCUBA!