Macam mana nak kurangkan sukatan resepi asal?

Pernah tak anda terjumpa resepi yang best-best di buku, di internet… memang resepi yang dah lama anda cari dan nak cuba sangat-sangat.. TAPI! Sukatan yang diberi terlalu banyak. Anda nak makan seorang, tapi resepi yang anda jumpa tu untuk hidangan empat orang. Nak berjinak-jinak buat muffin, tapi sukatan nya untuk dua dozen muffin. Ada sesetengah sukatan memang mudah untuk dibahagi kepada dua. Satu cawan menjadi setengah cawan, setengah cawan menjadi suku cawan, dan sebagainya. Bagaimana pula nak bahagikan suku cawan, 1/3 cawan, dan sebagainya?

Jangan pening-pening, jangan stress. CikDyg kongsikan dengan anda sukatan yang betul untuk bahagikan resepi asal kepada separuh dan juga kepada satu pertiga bahagian. Anda boleh print siap-siap, mudah nak rujuk setiap kali nak masak. SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?