Kek Butter Pelangi

Bahan-Bahan:-

1 Cawan Margerin

1 Cawan Gula Icing

5 Biji Telur Gred A

2 Cawan Tepung Gandum

1 Sudu Teh Vanila

1 Sudu Teh Baking Powder

1 Sudu Teh Soda

Cara-Cara:-

  1. Masukkan margerin ke dalam mixer.
  2. Putar dan masukkan gula icing.
  3. Setelah adunan kembang (putar dalam 10 minit),
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan.
  5. Setelah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Kemudian, masukkan vanila, baking powder dan soda ke dalam adunan.
  7. Setelah sebati, keluarkan daripada mixer dan asingkan adunan ke 3 mangkuk.
  8. 3 mangkuk yang telah diasingkan tadi, masukkan pewarna yang diinginkan (samaada kunig, merah dan hijau).
  9. Setelah siap, ambil loyang dan letakkan 2 sudu daripada tiap-tiap adunan tadi ke dalam loyang.
  10. Pastikan adunan dimulakan di tengah-tengah loyang. Masukkan 2 sudu dari adunan berwarna kuning, disertai pula dengan adunan berwarna merah dan kemudian adunan berwarna hijau.
  11. Setelah selesai, masukkan ke dalam oven. Bakar dengan menggunakan suhu 150’C (mengikut oven masing-masing) dan api atas dan bawah.
  12. Bakar dalam masa 30-40 minit.

Silakan share.:)

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?