Memasak Hobi Ku – Weet Weet

Semua orang boleh memasak. Tidak kira usia sama ada muda atau pun tua. Semua boleh memasak.

Nak memasak ni senang sahaja u olls. Tak perlu terlalu fikir susah, fikir senang jer. Yang penting kita kena cuba dahulu untuk memasak.

Wanita memang tidak asing lagi dalam masak memasak ni tapi ada jugak wanita yang tidak pandai memasak. Tapi jangan risau, semua tu boleh diubah sekiranya kita cuba dahulu memasak.

Tak susah pon.

Hari ni Easy Bake Lab nak share tip-tip bagi wanita yang tidak pandai memasak. Mudah jer..

Jom Share:

Kena ada buku resipi

Tak payah susah-susah pergi beli buku resipi. internet suma ada. taip je nak cari resipi apa, and then keluar la. tapi jangan cari resipi yang susah lorrr.

Kena kenal Gula dan Garam

Ada ke orang tak kenal Gula dengan Garam??memang ada u olls. Jadi sebelum memasak tu, rasa dulu mana satu gula, mana satu garam. nanti kalo main letak jer, memang tak menjadi la masakan tu. haha.

Bila Dekat Dapur

Yang ni penting u olls. Ketika di dapur. Waktu di dapur, jangan terlalu gelojoh. Just relax, tgok bahan-bahan. pastu tgok resipi. U olls cuma follow sahaja resepi. Kalau 1st dalam resipi minta keluarkan pisau, u olls keluarkan pisau. Jangan terlalu kelam kabut di dapur, risau nanti pisau ke mana, resipi pon kemana.

Start Nak Memasak

Bila semua bahan dah ready, so start la memasak. Ingat, masak dengan kuantiti yang sedikit je dulu. Jangan masak untuk lauk kenduri pulak. Masukkan bahan-bahan yang nak dimasak tu slow-slow sahaja yek..jangan campak-campak macam main basketball. Ingat u olls, just ikut sahaja resipi. Memang akan menjadi masakan korang.

Last Sekali, Kena Rajin La Masuk Dapur

Bila dah rajin masuk dapur, keinginan untuk memasak tu akan timbul dan korang akan mula nak memasak resipi lain. Confirm punye la.

Jadi lepas ni, boleh berjimat cermat dengan hanya memasak dekat rumah.

#Tepung Biskut Fames Ames

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?