Ketam Teloq Masin #CaraCikDyg

Ni CikDyg nak kongsi dengan hampa cara masak Ketam Teloq Masin #CaraCikDyg yang marbelesss gitewww. Memang senang yakmat! Sedap hingga menjilat siku.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan untuk ketam)

  • Ketam yang dibelah dua. (Ikut suka berapa ekoq hampa nak. CikDyg buat 4ekoq, jadi ada 8 bahagian)
  • Tepung Bestari (boleh gantikan dengan tepung jagung digaul bersama garam halus)

(Bahan kuah)

  • 1 camca besaq butter
  • 1 labu bawang besaq (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk-ketuk manja)
  • 2 helai daun kari
  • Cabai melaka suka hati.
  • 1/2 cawan susu cayaq
  • 3 biji teloq masin bahagian kuning sahaja
  • 1biji teloq masin bahagian putih sahaja

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, gaulkan ketam dengan tepung bestari
    atau dengan garam halus dan tepung jagung. Perapkan 10-15minit.
  2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Untuk kuah dia pulak, hampa panaskan kuali, masukkan minyak & butter. Tumis daun kari bagi naik bau.

3. Lepas tu, masukkan bawang putih & tumis sampai naik aroma.

4. Masukkan bawang besaq & cili padi, hampa tumis sampai naik bau semerbak harum menusuk kalbu giteww.

5. Sambil-sambil tu, hampa lenyekkan teloq masin sampai hancoq. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi & gaul sampai sebati.

7. Seterusnya, hampa masukkan susu cayaq, kacau-kacau & biaq sampai mendidih.

8. Perasakan kuah tu dengan gula secukupnya dan masukkan ketam yang dah digoreng awai-awai tadi. Kacau bagi rata sampai kuah bersalut pada ketam.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?