Tips Simpan Bawang Agar Tahan Lama

Bawang ni boleh dikatakan sebagai bahan paling asas lah kan setiap kali nak masak. Biasa kalau kita beli bawang, mesti akan beli banyak-banyak teruih kan. Tapi jadi masalah pulak kalau disimpan terlalu lama. Nanti makin busuk, dah membazir kena buang.

Haa jom CikDyg nak share dengan hampa macam mana cara yang betul nak simpan bawang. Bukan sahaja dapat jaga kualiti bawang, sekaligus dapat menjimatkan duit hampa.

BAWANG YANG BELUM DIKUPAS

  • Bawang yang belum dikupas perlu disimpan di tempat yang terbuka dan mempunyai aliran udara yang baik (tak lembap, tak panas).. contohnya bakul kecil. Jangan dibiarkan simpan di dalam plastik nah.
  • Pastikan juga bawang tidak disimpan sekali bersama sayuran lain untuk mengelakkan ia cepat busuk akibat dari penguapan gas.
  • Tidak digalakkan menyimpan bawang di dalam peti ais, nanti cepat busuk dan tumbuh tunas.

BAWANG YANG DAH DIKUPAS

Untuk menjimatkan masa memasak, ramai yang memilih untuk kupas bawang banyak-banyak sekaligus. Jadi, cara untuk simpan bawang yang dah dikupas sedikit berbeza dengan bawang yang belum dikupas, perlu lebih cermat sebab ia mudah rosak.

  • Hampa tak perlu basuh bawang yang dah dikupas sebab kelembapan akan membuatkan bawang tersebut lembik dan cepat rosak.
  • Cukup sekadar menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk.
  • Penyimpanan bawang dengan cara ini dapat membuat bawang dapat bertahan selama 2-3 minggu sebelum ia menjadi lembik.

BAWANG YANG DAH DIKISAQ

Bawang kisaq pula tahan jauh lebih lama daripada bawang yang masih segar dan belum dipotong. Malah lebih praktikal setiap kali hampa nak masak.

Cara menyimpan bawang kisar pula lebih kurang sama dengan bawang yang dikupas, cuma bezanya, hampa buleh tambahkan sedikit garam ke dalam bawang yang hendak dikisar. Kemudian simpan di dalam peti sejuk atau freezer supaya tahan lebih lama.

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?