Kek Coklat Moist tanpa telur

Jom layan Kek Coklat Moist takdak teloq #CaraCikDyg

Buat menega kompem laku tau..

Resepi Kek:

  • 150g butter cair/ minyak
  • 150g susu coklat dutch lady
  • 100g gula kastor/gula perang
  • *30g serbuk koko
  • *120g tepung gandum
  • *1 sudu teh baking powder
  • *1/2 sudu teh soda bicabonat

CARA-CARA:

  1. Satukan butter, susu dan gula. Kacau sehingga larut.
  2. Masukkan bahan yang bertanda * yang diayak ke dalam adunan. Kemudian kacau sebati sehingga tidak berketul.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan kukus selama 15-20minit.

Resepi Topping (Double Boil sehingga sebati dan pekat):

  • 250g susu pekat manis
  • 2 sudu besar butter
  • 50g serbuk koko
  • 30g susu coklat
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air (Nak lagi sedap masukkan 100g coklat coin/bar/coklat masakkan)

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?