Jenis-Jenis Krim Kek

Jom CikDyg nak share dengan hampa perbezaan 3 jenis krim kek: Buttercream, Cream Cheese, Fresh Cream.

Ketiga-tiga jenis krim ni ada keistimewaan nya tersendiri, hampa perlu pilih ikut kesesuaian dan juga citarasa hampa.

BUTTERCREAM

  • Biasa digunakan pada kek span, kek gulung & cupcake
  • Rasanya manis dan tekstur sedikit berminyak
  • Sesuai untuk buat bunga hiasan pada dekorasi kek
  • Tahan pada suhu bilik, tak mudah cayaq
  • Tak menggunakan bahan kos tinggi
  • Sangat sesuai untuk dekorasi kek pengantin

FROSTING CREAM
CHEESE

  • Biasa digunakan pada kek yang moist seperti kek carrot, kek red velvet
  • Juga boleh digunakan sebagai topping cupcake
  • Perlu disimpan dalam peti ais
  • Tak tahan lama pada suhu bilik, mudah rosak
  • Menggunakan bahan-bahan yang agak tinggi kos

FRESH CREAM

  • Fresh cream ialah non dairy whipping cream
  • Cara membuatnya sangat mudah- hampa cuma perlu pukui sampai kembang
  • Sesuai digunakan pada hampir semua jenis kek, terutama sekali pada kek span
  • Biasa dimakan bersama dessert buah-buahan dan juga pancake ataupun waffle untuk fefeeling mat salleh gituu
  • Rasanya sejibik macam aiskrim vanila
  • Memang maneh dah, hampa toksah dok pi tambah gula dah
  • Cepat cayaq, so hampa kena sentiasa simpan dalam peti ais

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?