AIS KIUB YANG BOLEH DIMINUM VS TAK BOLEH DIMINUM

Pernah dak hampa terfikir, ais ketui yang hampa dok minum selama ni selamat ka dak? Haaa.. bukan semua ais ketui tu sama tau. Sebenaqnya, ada ais ketui yang dibekukan daripada air paip yang tak masak, dan ada juga yang dibekukan daripada air yang dah dimasak.

Macam mana nak bezakan? Hampa tengok gambaq kat bawah ni:

Ketulan ais daripada paip biasanya berwarna putih sebab masih terdapat gas yang terperangkap di dalam air tersebut semasa dibekukan. Ketulan ais ni biasanya digunakan untuk sejukkan ikan dan daging di pasar, bukan untuk hampa bancuh dengan ayaq minuman ais tau!

Ketulan ais daripada air masak pula mempunyai warna yang jernih sebab gas dah dilepaskan ke udara semasa proses memasak ayaq tu. Hat ni baru lah hampa boleh guna untuk bancuh ayaq minum tau. Ketulan ais daripada ayaq yang dah dimasak lebih selamat diminum berbanding air yang tak dimasak dan kemungkinan juga tercemar oleh bakteria.

Jadi, lepas ni bila hampa nak minum ayaq kat kedai tu.. check la dulu nah ketui ais tu daripada ayaq yang dah masak ka belum ok?

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?