KEPENTINGAN GRED TELUR DALAM BAKING

Telur ni boleh dikatakan salah satu bahan wajib dalam dunia baking, tak kira lah samada digunakan sebiji, diambil bahagian kuning ataupun putih sahaja. Hampa mesti dah tau kan yang telur ni ada banyak gred, tapi hampa tau dak yang gred telur yang berlainan ni ada kesannya pada hasil kek/biskut hampa?

Kebiasaannya, gred telur ayam yang terdapat di pasaran adalah AA, A, B, C, dan D. Gred telur ditentukan melalui beberapa faktor iaitu: saiz, permukaan kulit, dan beratnya. Untuk kegunaan baking, gred AA atau A adalah yang paling disarankan.

Bayangkan, kalau resepi memerlukan hampa menggunakan 5biji telur saiz AA, tapi hampa gantikan dengan 5 biji telur gred B ataupun D… Berat dan konsistensi telur dah lari sikit dari yang sepatutnya. Hasilnya, kek ataupun biskut hampa akan berubah dari segi warna, rasa dan tekstur.

Pendek kata, gred telur bergantung kepada saiz dan konsistensi telur di dalamnya, dan akan turut mempengaruhi konsistensi adunan hampa. Telur gred B ke bawah ni biasanya lebih ringan dan cayaq. Telur yang terlalu sedikit akan menyebabkan kek terlalu padat, ataupun kalau hampa buat muffin..muffin tu akan berderai.

Sebab tu, gred telur sangat penting dalam baking, terutama sekali kalau hampa nak buat meniaga. Gred telur ni tak penting kalau hampa nk buat telur mata kerbau ka, telur dadar ka.. ok?

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?