Tiramitsu Strawberry #CaraCikDyg

Jom CikDyg nak share resepi yang mudah yakmat. Bila makan tu, fuhhh cayaq di mulut. Tak cukup sebekaih!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket biskut Fingger
  • 1 bekas kecil yogurt strawberry
  • 5-7 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket mascarpone cheese
    (250g)
  • 300g Whipping Cream
  • 250 strawberry Fresh
  • 1 cawan susu Full Cream utk celup biskut

CARA-CARA:

  1. Masukkan Whipping Cream ke dalam bekas dan putar sehingga berkrim.
  2. Dalam bekas lain, satukan mascarpone cheese, yogurt dan susu pekat manis. Putar sekadar sebati. Kemudian satukan dengan whipping yang diputar berkrim. Kacau sebati.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu full cream dan susun di dalam bekas. Tuangkan lapisan cheese tabur dengan strawberry yang dipotong.
  4. Ulang langkah seterusnya sehingga habis dan hiaskan mengikut kreativiti.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?