PANDUAN MELIHAT TARIKH LUPUT BARANG

Setiap kali beli barang dapoq, hampa mesti akan check tarikh luput kan? Hampa perasan dak, ada sesetengah barang akan dilabel “Gunakan Sebelum” (Use By)… ada sesetengah barang pulak dilabel “Baik Sebelum” (Best Before). Sebenaqnya, kedua-dua label ni ada perbezaannya tau. Jom CikDyg nak share dengan hampa apa beza nya.

Guna Sebelum (Use By)

  • Tarikh luput yang dilabel “Guna Sebelum” bermaksud produk tersebut tidak boleh digunakan lagi dah selepas tarikh yang tertera tamat. Ia perlu dibuang serta merta dan tidak selamat untuk digunakan lagi.
  • Contoh: produk makanan seperti roti, susu, kek, telur dan lain-lain.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh luput yang dilabel “Baik Sebelum” bermaksud produk tersebut masih lagi selamat untuk digunakan selepas tarikh yang tertera tetapi kualiti nya dah terjejas sedikit. Ia tidak boleh lagi dijual, tapi hampa masih boleh gunakan produk tersebut selagi rupa, rasa, dan bau masih tak berubah. Kalau hampa nampak dah lain maciam tu, baru lah buang nah.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?