5 TIPS SIMPAN BISKUT

Jom CikDyg nak kongsikan dengan hampa 5 tips ringkas tapi berguna untuk pastikan biskut yang hampa buat kekal rangup dan tahan lama.

  1. Jangan Simpan Biskut Ketika Panas
    – Sebaik sahaja biskut dikeluaqkan dari oven, sejukkan terlebih dahulu. Jangan teruih pi simpan dalam balang panaih-panaih, nanti wap akan membuatkan biskut hampa cepat lemau.
  2. Asingkan Biskut Mengikut Jenis
    – Jangan campoq segala jenis biskut yang ada dalam satu bekas nah. Asingkan setiap jenis biskut dalam balang yang berbeza. Kalau campoq, confirm cepat lemau.
  3. Keringkan Balang Biskut Betui-Betui
    – Pastikan balang biskut hampa kering sepenuhnya, lap sikit dengan kain atau tisu ataupun hampa jemoq dulu sampai kering, lepaih tu baru masukkan biskut.
  4. Gunakan Bekas Kedap Udara
    -Tak kesah bekaih apa pun yang hampa guna, pastikan dia ada penutup yang betui-betui ketat supaya udara tak dapat masuk.
  5. Alaskan Dengan Kertas Serap Minyak
    – Dengan meletakkan kertas kalis minyak pada setiap lapisan biskut, lebihan minyak daripada biskut hampa akan diserap keluaq. Hasilnya, biskut akan kekal rangup dan tahan lama.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?