UDANG BUTTERMILK #CaraCikDyg

Selalu udang hampa masak apa? Cemuih kalau asyik sambal saja kan. Jom CikDyg nak share resepi udang buttermilk terangkat dan mudah yakmattt #CaraCikDyg. Resepi yang simple tapi menambah2 bila makan.

BAHAN-BAHAN:

  • 15-20 ekor udang
  • 2 camca besar butter
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 5 biji cili padi (dihiris @ diketuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan fresh milk
  • Garam
  • Gula
  • 1 keping cheese slice

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa panaskan kuali dan masukkan butter.
  2. Lepas tu, masukkan daun kari, bawang putih, cili padi & bawang besar. Tumis sampai layu, sampai naik aroma harum semerbak menusuk ke lobang hidung.
  3. Kemudian, hampa masukkan susu fresh milk. Kalau hampa nak kuah banyak buleh tambah susu bagi banyak
    , ikut citarasa hampa nah.
  4. Hampa masak kuah tu bagi mendidih betui-betui. Sambil-sambil tu, perasakan dengan gula & garam secukupnya.
  5. Agak-agak dah mendidih sampai meruap, masukkan udang. Tak perlu goreng dulu nah udang tu.
  6. Last sekali, hampa masukkan cheese slice. Kacau-kacau sampai cheese cayaq & sebati dengan kuah.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?