JENIS-JENIS KEJU

Keju ada macam-macam jenis, tapi tak semuanya famous di Malaysia. Orang Malaysia biasa guna keju bila makan dengan pasta, sandwich, burger, dalam resepi cheese cake, dessert, dan lain-lain lagi. Tak semua jenis keju sama tau penggunaan nya, lain keju lain tekstur dan rasa.

Jom CikDyg share dengan hampa antara jenis-jenis cheese yang biasa jumpa di pasaraya kat Malaysia.

KEJU CHEDDAR

  • Sumber: Susu lembu
  • Negara Asal: England
  • Jenis: Keju susu separuh keras dan rasanya masin.
  • Tekstur: Keras dan tidak mudah cair jika dibakar pada suhu yang tinggi. Juga dijual dalam bentuk kepingan
  • Warna: Kuning pudar
  • Kegunaan: Untuk hiasan atas roti, kek, pizza, biskut, mac n cheese. Boleh dimakan begitu sahaja dengan roti.

KEJU MOZARELLA

  • Diperbuat daripada susu kerbau liar (keju asli)
  • Negara Asal : Itali
  • Jenis : Separuh lembut dan mudah cair bila dibakar. Apabila ditarik, ia bertali.
  • Tekstur: Kenyal
  • Warna: Putih atau kuning pucat
  • Kegunaan: Sesuai untuk hiasan pizza, roti, lasagna. Juga sesuai dimakan begitu sahaja atau dengan minyak zaitun dan herba. Sering digunakan dalam resepi salad.

KEJU PARMESAN

  • Sumber: Susu lembu
  • Negara Asal: Itali
  • Jenis: Keju susu berperisa dengan aroma yang tajam
  • Tekstur : Keras, tetapi kebiasaannya dijual dalam bentuk diparut menjadi serbuk
  • Warna : Putih krim atau kuning krim
  • Kegunaan: Ditabur atas pizza, sup, dan pelbagai jenis pasta. Juga boleh dimakan begitu sahaja.

KEJU KRIM (CREAM CHEESE)

  • Sumber: Gabungan krim dan susu lembu
  • Negara Asal: Amerika Syarikat
  • Jenis: Tinggi kandungan lemak, mengandungi asid lastik dan perlu dimakan segar. Rasa nya sedikit masam
  • Tekstur: Halus, lembut, berkrim dan beraroma. Ia mudah lembut pada suhu bilik dan lebih senang untuk diputar bersama gula.
  • Warna: Putih kekuningan
  • Kegunaan: Sesuai untuk semua jenis kek, biskut, tart dan pencuci mulut.

KEJU MASCARPONE

  • Sumber: Susu lembu
  • Negara Asal: Itali
  • Jenis: Keju berkualiti tinggi dan tinggi kandungan lemak. Agak mahal dan sukar didapati di pasaran tempatan. Mempunyai rasa yang lemak berkrim dan agak ringan, tidak terlalu muak.
  • Tekstur: Berkrim dan lembut, kelihatan seperti yogurt atau krim masam yang lebih tebal.
  • Warna: Putih dan kuning
  • Kegunaan: Sering digunakan dalam resepi kek, salad, buah-buahan dan pencuci mulut seperti tiramisu dan risotto.

KEJU RICOTTA

  • Sumber: Susu lembu
  • Negara Asal: Itali
  • Jenis : Rasa ringan berkrim, lemak masin, mempunyai tempoh luput yang pendek. Lebih rendah kalori daripada kebanyakan keju lain. Kaya protein.
  • Tekstur: Lembut, berkrim dan tinggi kandungan air
  • Warna: Putih
  • Kegunaan: Untuk pelbagai jenis pasta seperti lasagna dan spageti. Mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Versi ricotta yang rendah lemak sangat popular dikalangan atlet dan ahli bina badan kandungan proteinnya.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?