FUDGY, CHEWY & CAKEY BROWNIES

Brownies merupakan salah satu dessert yang berasal dari USA dan mula berkembang kira-kira pada penghujung tahun 1880-an. Penghasilan brownies jauh lebih mudah berbanding kek ataupun biskut kerana ia tak ambil masa yang lama untuk dibakar. Rasa dan tekstur nya pula seakan-akan kek bantat, tetapi sangat sedap!

Sering disajikan bersama susu, kopi, whipped cream, dan juga aiskrim…setiap gigitan pasti dipenuhi rasa coklat! Tahukah anda, brownies ni ada 3jenis iaitu: FUDGY, CHEWY, dan CAKEY. Aaaajomm kita berkenalan dengan ketiga-tiga jenis brownies ni.

FUDGY BROWNIES

  • Fudgy brownies mempunyai tekstur yang padat dan lembab
  • Resepi nya memerlukan kuantiti coklat dan mentega yang tinggi, tetapi sukatan tepung yang sedikit
  • Oleh itu, fudgy brownies paling diminati para penggemar coklat kerana rasanya sangat kaya dengan coklat
  • Tidak menggunakan baking powder
  • Masa memasak yang lama

CHEWY BROWNIES

  • Chewy brownies mempunyai tekstur yang chewy (kenyal) di sekeliling tetapi lembab dan padat di bahagian tengah (tidak sepadat fudge brownies)
  • Memerlukan kuantiti tepung lebih daripada kuantiti untuk resepi fudge brownies
  • Tidak menggunakan baking powder

CAKEY BROWNIES

  • Seperti nama nya juga, “cakey” brownies mempunyai tekstur seakan-akan kek tetapi tidak lah seringan kek.
  • Lebih ringan berbanding fudgy & chewy kerana resepi nya menggunakan kuantiti tepung yang banyak
  • Menggunakan sedikit baking powder
  • Mengambil masa yang lebih singkat untuk masak

Haaa..sekarang dah kenai jenis-jenis brownies yang ada. Feveret hampa yang mana satu?

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?