KENALI JENIS-JENIS KETUHAR

Ketuhar merupakan salah satu keperluan asas dalam baking. Salah satu soalan yang sering ditanya terutama sekali bagi yang baru nak mula belajar buat kek dan biskut, “Macam mana nak pilih jenis ketuhar yang sesuai?” Haaa jom CikDyg kongsikan jenis-jenis ketuhar yang ada di pasaran.

KETUHAR KONVENSIONAL

  • Ketuhar jenis ini sangat sesuai untuk semua jenis pembakaran: roti, kek, pastri, dan biskut.
  • Ada sesetengah ketuhar jenis ini mempunyai kepanasan yang tidak begitu sekata. Kalau anda nak bakar sesuatu di 2 tingkat serentak, anda perlu kerap memusingkan loyang supaya setiap bahagian mendapat haba secara sama rata. Apabila membakar kek, lebih baik menggunakan satu tingkat sahaja.

KETUHAR YANG ADA KIPAS (Oven with Fan)

  • Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam pada dinding lebih sesuai untuk membakar biskut dan pastri kerana kipasnya akan memutar haba secara sekata jika kita membakar dua atau tiga tingkat pada satu masa.
  • Kurang sesuai untuk membakar kek kerana kipas tersebut akan membuatkan hasil kek anda sedikit kering.
  • Kalau ada butang pilihan untuk buka atau tutup kipas, ia adalah pilihan yang lebih baik.

KETUHAR MICROWAVE (Microwave Oven)

  • Ketuhar jenis ini mempunyai fungsi 2 dalam 1 kerana boleh digunakan sebagai microwave dan juga sebagai ketuhar untuk membakar biskut, brownies atau kek cawan.
  • Kurang sesuai untuk membakar kek, roti, dan pastri sebab ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul dan hasil kek akan jadi agak pucat dan bertekstur padat.

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?