Ikan Masak Cuka

Mai CikDyg share menu simple ja. Tapi kalau pekena dengan nasi panaih, menambah cek oiii.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu kecik biji sawi
  • 1 biji bawang besaq
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Cili padi
  • Cili besar
  • 1 cawan air
  • Sedikit kunyit
  • Timun
  • 3 sudu besaq cuka
  • Garam
  • Gula

CARA-CARA:

  1. Mula-mula hampa panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis.
  2. Bagi minyak tu panas dulu, lepas tu hampa masukkan biji sawi yang dah dibasuh.
  3. Masukkan bawang putih, halia, dan bawang merah. Tumis sampai garing.
  4. Lepas garing, masukkan pula cili padi dan cili besar.
  5. Masukkan 1 cawan ayaq biasa dan biaq sampai mendidih.
  6. Dah mendidih, hampa masukkan cuka.
  7. Masukkan ikan yang dah digoreng dan didihkan lebih kurang 5 minit.
  8. Masuk serbuk kunyit, garam, gula dan kacau sebati.
  9. Last sekali hampa masukkan timun. Kacau-kacau sikit, tutup api, siap!

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Comment

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to easybakelab@gmail.com

× Boleh saya bantu anda?